Guna Instagram dengan efektif - Utusan Malaysia

Guna Instagram dengan efektif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Nampaknya begitu ramai sekali pengguna Facebook di Malaysia, terutamanya golongan millennial dan generasi Z yang bertukar arah ke Instagram. Mereka sedikit demi sedikit meninggalkan Facebook kerana ia tidak lagi menarik. Terlalu banyak toksik, kata mereka.

Instagram jauh lebih menarik kerana beberapa sebab. Di antaranya, ia kurang bertoksik, lebih berbentuk visual dan kebanyakan pengguna di sini rata-rata berada dalam generasi lebih kurang sama yang masih ‘muda’.

Malah, ia kelihatan jauh lebih menarik di telefon pintar, Insta Stories lebih berimpak tinggi berbanding Facebook dan pa­ling penting sekali pengguna di Instagram lebih gemar untuk datang berinteraksi di status-status yang dimuat naik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Faktor terakhir ini juga membuatkan jenama-jenama kecil dan besar untuk datang beramai-ramai dan kekal aktif di Instagram. Kadar engagement atau penglibatan oleh para pengikut setiap jenama jauh lebih tinggi berbanding Facebook. Kini Facebook terkenal sebagai platform bayar-untuk-bermain.

Sebagai jenama kecil dan sederhana, faktor kewangan juga memainkan peranan penting mengapa anda beralih ke Instagram. Di sini, ia tidak begitu memerlukan peruntukan yang tinggi kerana kadar pertumbuhan organik daripada aspek penglibatan pengguna masih lagi tinggi.

Tetapan akaun Instagram

Ya, kata kunci di sini ialah masih lagi, kerana kita tidak tahu berapa lama Instagram akan mempunyai kadar pertumbuhan organik yang tinggi seperti sekarang. Ramai menjangka ia berubah menjadi se­perti Facebook satu hari nanti.

Bagaimana cara menggunakan Instagram yang efektif tanpa peruntukan kewangan yang besar?

‘Bermain’ di Instagram sebagai jenama memerlukan tetapan atau setting yang betul. Anda perlu menggunakan tetapan perniagaan dan bukannya individu. Untuk membuat tetapan sebagai perniagaan, anda perlu mempunyai laman perniagaan di Facebook, Facebook Page terlebih dahulu.

Penulisan profil dan gambar

Kemudian selaraskan akaun Instagram anda dengan akaun Facebook Page tadi. Mempunyai tetapan perniagaan penting kera­na Instagram akan menyediakan laporan-laporan berbentuk statistik lengkap tentang jumlah kunjungan yang berlaku.

Melalui senarai laporan yang ada, anda sebagai pemilik jenama boleh membuat keputusan yang lebih baik tentang jenis kandungan dan penulisan yang perlu dimuat naik agar mampu menarik lebih ramai pengunjung lagi untuk datang ke akaun Instagram anda.

Gambar profil yang perlu dimuat naik ialah logo jenama anda manakala penulisan profil pula perlu ditulis daripada perspektif pembaca yang bakal menjadi pelanggan anda. Pastikan mereka faham apa yang akan mereka dapat daripada produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.

Pastikan juga anda meletakkan laman web yang betul pada profil anda. Hanya pada profil Instagram sahaja anda akan mendapati pautan internet berfungsi atau boleh diklik dan tidak pada status. Jadi, anda boleh menukar pautan laman web ini berkali-kali mengikut kesesuaian promosi pada status harian yang dimuat naik.

Gambar yang bertema, unik dan beresolusi tinggi

Bertema di sini bermaksud selari dengan mesej yang cuba jenama anda sampaikan. Ada yang menggunakan filter atau tapisan gambar yang hampir sama walaupun setiap konsep gambar yang ada berlainan, ada pula akaun yang bertemakan gambar pemandangan, bertemakan orang ramai ataupun bertemakan status milik orang lain yang dimuat naik kembali dengan kebenaran.

Pastikan anda mempunyai tema anda sendiri. Unik pula ialah anda perlu menggunakan gambar yang tidak diperoleh daripada internet. Dan yang akhir sekali setiap gambar perlu terang, beresolusi tinggi dan menarik untuk dilihat.

Biasanya setiap penca­ri­an sesuatu maklumat dilakukan dengan hashtag. Kemudian, lihat status-status yang paling atas senarai yang disediakan oleh Instagram dan komen pada setiap satu status yang ada.

Pastikan anda hanya tinggalkan komen-komen yang bernas, kelakar dan jauhkan komen yang berunsur politik, keagamaan dan kebencian. Ramai yang pasti akan pe­ra­san tentang komen anda dan mereka datang menjenguk Instagram anda selepas itu.

Ikut dan tinggal

Instagram membenarkan anda mengikuti akaun orang lain dan tinggalkan mereka sekiranya akaun tadi tidak mengikuti anda kembali. Pastikan anda akan mengikuti sekurang-kurangnya 15 hingga 20 akaun Instagram setiap hari yang anda rasa bakal menjadi pelanggan berbayar anda, golongan yang mungkin mengenali bakal pe­langgan dan juga golongan media. Ketiga-tiga golongan ini penting bagi memastikan anda mampu membuat jualan nanti.

Guna iklan berbayar, tiada cara lain lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini