Dua premis Sungai Ujong Walk terbakar - Utusan Malaysia

Dua premis Sungai Ujong Walk terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 31 Mei – Dua buah premis perniagaan di lokasi tumpuan pelancong di Sungai Ujong Walk di sini terbakar kira-kira pukul 9.20 malam tadi.

Kebakaran itu melibatkan sebuah premis menyimpan makanan ringan dan sebuah restoran.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kebakaran bermula di sebuah kedai yang dijadikan stor menyimpan makanan ringan dan merebak ke restoran di sebelah premis itu. Kedua-dua premis itu telah ditutup semasa kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran itu pada pukul 9.20 malam dan tiba di lokasi kejadian lapan minit kemudian.

Menurut beliau, lebih 20 pegawai dan anggota bomba bersama beberapa buah jentera dikerahkan memadamkan kebakaran itu.

“Api berjaya dikawal dalam tempoh kira-kira 10 minit dan operasi selesai sepenuhnya pada pukul 12 tengah malam,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini