Dua maut, tiga parah kemalangan tiga kenderaan di Jerantut - Utusan Malaysia

Dua maut, tiga parah kemalangan tiga kenderaan di Jerantut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT 10 Mei – Dua maut manakala tiga lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kampung Tebing Tinggi di sini hari ini.

Mangsa yang maut dalam nahas kira-kira pukul 1 petang itu ialah seorang kontraktor, Nor Rarzalina Abu Kasim, 44, yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora dan pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton, Koo Khoon Liang, 37, yang meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, kejadian berlaku semasa kenderaan pacuan empat roda itu yang dalam perjalanan dari Jerantut cuba memotong sebuah kenderaan sebelum bertembung dengan sebuah MPV jenis Proton Exora dan sebuah kereta Perodua Axia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penolong Penguasa Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut, Mohamad Zulkifli Mohamad Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada pukul 1.05 petang.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, dua mangsa didapati cedera parah akibat tersepit di dalam sebuah kereta jenis Perodua Axia dan kita menggunakan alat hidraulik untuk mengeluarkan mereka,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mayat Nor Rarzalina berada di luar kenderaannya manakala Khoon Liang tercampak ke dalam longkang.

“Kedua-dua mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan kita telah membersihkan kawasan kejadian,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini