KUALA LUMPUR 15 Mei – Dataprep Holdings Bhd. menjalin kerjasama dengan firma berpejabat di India, Attinad Software Pvt. Ltd. bagi memperkukuh usaha bersama dan merancakkan promosi pertukaran dalam maklumat serta penyelesaian teknologi komunikasi (ICT) yang bersesuaian.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Dataprep dilantik sebagai rakan nilai tambah dan rakan sah di Malaysia serta menyediakan sokongan mantap untuk para pelanggan.
Dataprep telah memeterai memorandum kerjasama dengan Attinad pada 14 Mei lepas. – BERNAMA
Memuatkan artikel berkaitan…











