JAKARTA 22 Mei – Badan Pemenangan Nasional (BPN) Parabowo Subianto dan Sandiaga Uno memaklumkan pihaknya akan menyerahkan dokumen mencabar keputusan pilihan raya umum (pemilu) ke Mahkamah Perlembagaan, esok.
Jurucakap BPN, Dahnil Anzar Simanjuntak berkata, kesemua dokumen yang diperlukan sudah disediakan dan esok merupakan hari terkahir untuk menyerahkannya kepada Mahkamah Perlembagaan.
Seramai tiga wakil dari BPN akan menyerahkan kesemua dokumen tersebut iaitu Deny Indrayana, Bambang Widjojanto, dan Irman Putra Sidin. – AGENSI
Berita berkaitan:











