Bonus raya untuk penjawat awam, pesara - Utusan Malaysia

Bonus raya untuk penjawat awam, pesara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kerajaan akan memberi bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri akan datang dengan peruntukan kewangan sebanyak RM855 juta.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, sebanyak RM450 akan diberikan kepada hampir 1.5 juta penjawat awam dari Gred 56 dan ke bawah.

Menurutnya, bantuan khas itu juga akan turut dinikmati oleh hampir 0.8 juta pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM225.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 24 Mei ini,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi jaminan bahawa penjawat awam bakal menikmati bantuan khas atau bonus sempena Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini