AWANG amat memahami rasa dukacita Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berikutan perpecahan dalam kalangan orang Melayu yang disifatkan baginda begitu teruk sekali terutama apabila kumpulan-kumpulan yang berpecah mengecam antara satu sama lain umpama menconteng arang sesama sendiri. Sememangnya Awang tidak pasti sejauh mana keprihatinan serta kebimbangan baginda akan turut dirasai pemimpin-pemimpin Melayu yang Awang anggap menjadi watak utama terhadap perpecahan kaum itu ketika ini. Seperti mana Awang tegaskan berkali-kali…










