Berbuka bersama keluarga - Utusan Malaysia

Berbuka bersama keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mengambil keberkatan kehadiran Ramadan, Bangi Glof Resort (BGR) tampil dengan Iftar Sesama bagi mengajak orang ramai meluangkan masa berbuka puasa bersama insan-insan yang mereka sayangi.

Bukan sahaja bersama ibu, bapa, isteri, anak-anak dan ahli keluarga lain, bahkan sesama rakan dan insan yang kurang bernasib baik, menikmati sajian enak yang disediakan cef berpengalaman.

Tarikan utama tentulah seleksi bufet dengan lebih 200 jenis sajian Melayu, yang membangkitkan kenangan masakan ibu di kampung, sehingga hidangan Barat untuk cita rasa yang lebih moden.

Memuatkan artikel berkaitan…

Konsep ‘Kebun Dalam Bandar’ sememangnya sesuatu yang menjadi kebanggaan Restoran BGR. Bahan mentah yang digunakan ditanam sendiri, khususnya bagi masakan Melayu.

“Nasi biru bersama ulam-ulam organik yang dipetik sendiri oleh cef-cef kami tidak harus dilepaskan, apatah lagi jika dimakan bersama serunding kelapa dan ikan, sambal tumis, keropok ikan, ayam goreng berempah dan gabungan ulaman seperti bunga kantan, kobis bulat, ulam raja, daun selom, kacang panjang, selain budu berserta hirisan limau nipis dan cili sebagai penyedap rasa. Malah bunga telang yang menghasilkan warna biru pada nasi ini juga datang dari kebun kami,” menurut kenyataan kepada Mega Rona.

Bagi menambah keterujaan, pengunjung diberi peluang memetik ulam-ulaman itu terus dari pokok. Di seksyen itu juga, jangan terlepas mencuba Laksa Singapura dan Ipoh Hor Fun yang menyelerakan.

Sebagaimana tahun-tahun lalu, eksklusif sepanjang Ramadan, aroma kambing bakar yang dipanggang perlahan di atas api dan sup kambing mamak menggamit selera pengunjung, selain sate ayam dan daging serta kuew tiau goreng dan mi mamak yang dimasak secara live cooking.

Tidak ketinggalan nasi ayam dengan teknik penyediaan yang sempurna. Ayam dipanggang bersama sos barbeku ala oriental, memberikan rasa empuk dan berjus, manakala nasinya gebu, berkilau dan penuh rasa untuk dinikmati bersama sos kicap soya yang pekat dan sos cili buatan sendiri. Tidak ketinggalan brokoli dan bunga kobis dimasak bersama bawang putih.

Di bahagian masakan India pula, tersedia ayam varuval, kari ikan tenggiri dan kambing masak hitam mamak untuk digandingkan bersama nasi kukus.

Dari dapur barat pula, tunas rasa anda akan dikejutkan keenakan sous vide eggs dengan cendawan espuma yang dimasak segar, selain menu pasta seperti spageti, dan penne dengan sos bolognese ayam atau carbonara.

Kesemua sajian tradisional Melayu, Barat, Timur dan India itu ada di bufet utama Garden Terrace, termasuk seksyen gerai dan dapur live station.

Apa maknanya berbuka tanpa manisan dan pencuci mulut. Deretan pencuci mulut disediakan seperti churros Sepanyol dengan sos cokelat pekat, tiramisu Itali, serta seleksi kuih-muih Melayu.

Bagi menghilangkan dahaga, sila nikmati kordial mangga, air tebu, teh bunga, teh tarik, kopi serta buah-buahan.

Harga untuk tempahan dalam talian di laman web https://www.bgrrest.com/product/buffet-ramadhan/ bermula RM59 nett (dewasa) dan RM29.50 nett (kanak-kanak).

Menjangkakan kunjungan luar biasa pada Ramadan tahun ini, pihak BGR telah melakukan pelbagai persiapan untuk keselesaan pengunjung, antaranya menambah baik kemudahan surau dan tandas serta lebih 800 parkir percuma.

Tempahan & Pertanyaan: 1700 81 8557

Facebook: https://www.facebook.com/bangigolfresort/

Instagram: @bangigolfresortofficial

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini