Belum jumpa 
calon sesuai - Utusan Malaysia

Belum jumpa 
calon sesuai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAMPIR 10 tahun bergelar ibu tunggal dan hidup berdua bersama anak lelakinya, Muhammad Rayyan Nakhaie, 11, Siti Nordiana atau mesra disapa Nana bukan tidak mahu kembali membahagiakan diri dalam alam rumah tangga, namun ia bukan hal utama yang menjadi perhatiannya sekarang.

Biarpun sering dikaitkan dengan artis muda seperti Khai Bahar dan Zoey Rahman, Nana terus-terang menafikan ada hubungan serius antara mereka. Walau bagaimanapun jelas Nana, dia tidak pernah menutup hati untuk menerima mana-mana lelaki untuk dijadikan suami.

“Bukan tak mahu fikir soal cinta, tapi sebenarnya tak berjumpa lagi dengan yang sesuai. Nak

Memuatkan artikel berkaitan…
 

kahwin bukan perkara mudah, kena cari yang benar-benar serasi. Selain mencari yang mempunyai kriteria ditetapkan, saya juga mahu pasangan hidup yang boleh membuatkan saya rasa bahagia dan tenang apabila bersama dengannya.

DIGOSIPKAN

“Sekarang saya lebih banyak digosipkan dengan remaja yang usianya jauh lebih muda daripada saya. Mungkin kerana kerap dikelilingi penyanyi-penyanyi baharu dan muda maka cerita-cerita sebegini keluar.

“Ia tidak menjadi masalah, bahkan kalau ditakdirkan jodoh dengan lelaki yang lebih muda sekalipun saya akan terima kalau itu sudah tertulis oleh-Nya,”luah Nana.

Memiliki seorang anak lelaki hasil perkahwinan dengan bekas suaminya yang juga merupakan pelakon, Mohd. Faizal Yusup, Nana berasakan setiap langkah yang dilalui sekarang adalah dengan niat untuk membesarkan anaknya itu.

Malah, Nana melahirkan rasa gembira apabila melihat perkembangan anak tunggalnya itu yang kini menunjukkan minat dalam dunia nyanyian dan lakonan.

“Rayyan anak yang kuat, malah dia juga kekuatan saya dalam dunia ini. Kalau saya sedih, dia orang yang tepat untuk mendengar permasalahan saya. Mungkin dia tidak faham, namun saya lega bila dapat meluahkan apa yang terpendam padanya.

“Rayyan juga suka menyanyi dan pernah berlakon sebelum ini. Saya tidak halang dia untuk

 

memasuki bidang seni sebab saya tahu dia punya bakat yang kuat mungkin dari ayahnya atau saya sendiri.

“Selagi dia mengutamakan pelajaran dan tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar, saya rasa tidak salah kalau dia mencuba bidang seni,” jelas Nana yang turut menghantar Rayyan mengikuti kelas muzik.

 

KEMURUNGAN

Melihat situasi artis yang kini semakin ramai berdepan dengan masalah kemurungan, penyanyi lagu Cinta Hanya Sandaran ini berasakan perkara itu terlalu berat dan berkemungkinan disebabkan oleh dunia media sosial yang tidak meletakkan jurang antara peminat dan artis.

“Saya sendiri takut melihat semakin ramai artis yang dilaporkan menghadapi tekanan perasaan atau depresi.

“Mungkin mereka ada masalah dalam kerjaya dan kemudian memendamkan sahaja kerana takut dihidu oleh peminat mahupun media.

“Saya akui saingan dalam dunia hiburan memang banyak. Semakin hari semakin ramai artis baharu muncul, namun setiap artis perlu kekuatan tersendiri untuk kekal relevan.

“Nak jadi artis perlu kuat, jika tidak kita tidak mampu untuk bersaing,” jelasnya.

Nana bagaimanapun mengecam mereka yang menggunakan faktor kemurungan sebagai gimik untuk menaikkan nama dalam persada seni.

“Kalau guna perkataan kemurungan sebagai gimik, itu adalah gimik yang paling jahat.

“Kemurungan tidak boleh dibuat main, tidak boleh dibuat gurau kerana ia penyakit yang serius.

“Saya tidak kisah kalau ada artis yang suka menonjolkan diri dengan gimik, namun biarlah dengan cara yang betul,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini