Belajar solat berlapik surat khabar - Utusan Malaysia

Belajar solat berlapik surat khabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kedegilan sewaktu zaman kanak-kanak yang tidak dapat dibendung terutamanya ketika diarah untuk mendirikan solat oleh ibu bapa mahu pun guru-guru, turut dirasai oleh Datuk Ismail Ahmad, 59.

“Siapa tidak solat masuk nera­ka,” masih terngiang-ngiang lagi pesanan Ustaz Arif kepada Ismail atau lebih dikenali Cef Ismail dan rakan sekelasnya sewaktu tingkatan satu di Undang Rembau English Se­condary School (URESS).

Cef Ismail berkata, walaupun ungkapan tersebut dilihat biasa namun mampu membuatkan, dirinya dan rakan sekelas berasa gentar akan ugutan yang diberikan oleh gurunya itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ustaz Arif ada mengarahkan kami untuk membawa surat khabar ke sekolah tetapi tidak pasti untuk apa tujuannya yang dirahsiakan itu.

“Tidak sangka arahan yang diberikan oleh Ustaz Arif semalamnya untuk membawa surat khabar ke sekolah adalah untuk mengajar kami sekelas mendirikan solat dengan hanya berlapikkan surat khabar.

“Bermula disitulah saya dan rakan sekelas terkesan dengan cara yang dilakukan oleh Ustaz Arif dan kami mula berlatih setiap hari untuk menunaikan solat sewaktu zaman persekolahan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Cef Ismail Ahmad yang menyifatkan dirinya seorang aktif dalam aktiviti kokurikulum, akademik dan mempunyai disip­lin yang baik serta sentiasa bergaul dengan dengan rakan-rakan tanpa mengira tahap kelayakan.

Tidak terkecuali, Cef Ismail juga pernah di rotan oleh gurunya kerana enggan melakukan pemeriksaan kesihatan sewaktu zaman persekolahannya.

“Dahulu kerajaan ada beri pemeriksaan percuma untuk gigi dan suntikan vaksin, jadi saya ini takut dengan semua pemeriksaan itu.

“Maka, hendak dijadikan cerita saya ingat lagi cikgu Jaswan Singh rotan saya pada kaki sewaktu itu, barulah saya mahu melakukan pemeriksaan tersebut,” katanya

Katanya sesiapa yang pernah dirotan oleh guru-guru ketika zaman persekolahan adalah suatu pengajaran kepada anak muridnya supaya belajar bersungguh-sungguh dan dianggap tindakan itu adalah penangan yang akan menunjukkan bahawa mereka akan menjadi manusia yang berguna kelak.

Bekas pelajar Undang Rambau English Primary School (UREPS) dan graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu turut menyenaraikan beberapa orang guru yang masih segar dalam ingatannya seperti Ustazah Noriah, cikgu Ismail, cikgu Hadi, Mr. Pillay, cikgu Zul dan Mr. Hari Singh

Jika diberi peluang beliau hendak berjumpa dengan semua guru-gurunya, beliau ingin peluk dan ucap terima kasih kepada mereka kerana dalam masa sehari kita banyak masa dengan guru-guru berbanding keluarga.

“Ini kerana saya dapat merasai dan faham betapa penatnya me­ngajar ini, jiwa dan raga kita ini diserah semuanya untuk melihat anak yang kita didik itu berjaya dan bergraduasi akhirnya.

“Saya faham dengan situa­si seorang guru kerana saya pernah memeriksa kertas pe­periksaan dan ramai yang tidak tahu seorang guru sanggup menyiapkan tugasan tersebut sehingga pukul tiga pagi untuk menyemak beratus helai kertas jawapan peperiksaan.

Katanya yang pernah menjadi seorang tenaga pengajar selama dua tahun di sebuah institusi pendidikan dalam bidang hotel, katering dan pengurusan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini