GERIK – Seorang lelaki maut manakala dua anaknya cedera selepas terlibat dalam kemalangan tiga buah kenderaan di Kilometer 11, Jalan Raya Timur-Barat Gerik-Jeli di sini pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pada pukul 7.50 pagi itu, mangsa, Mohd. Nazeri Zakaria, 42, yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina tersebut meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah kerana tersepit di bahagian pemandu. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, siasatan mendapati kenderaan dinaiki tiga beranak yang berasal dari Bachok, Kelantan itu dalam perjalanan dari arah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya