Bantu rakyat Syria sepanjang Ramadan - Utusan Malaysia

Bantu rakyat Syria sepanjang Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
SYRIA Care adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 2012 di Malaysia bertujuan mengumpul dana bagi membantu rakyat Syria yang memerlukan.

Penubuhan NGO ini adalah hasil saranan seorang ulama Syria tersohor iaitu Sheikh Muhammad Ali Al-Sobouni yang turut bertujuan menjadi saluran utama menyebar berita dan maklumat terkini tentang krisis kemanusiaan Syria.

Matlamat lain NGO yang berpangkalan di Shah Alam, Selangor ini adalah untuk mempermudahkan urusan penyumbang bagi membantu mangsa krisis kemanusiaan dan memastikan sumbangan diterima dan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh penduduk Syria.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kami komited untuk memenuhi amanah yang diberikan oleh penyumbang dengan jujur dan profesional termasuk mengadakan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan dana benar-benar disalurkan kepada golongan yang memerlukan.

Untuk pengetahuan pembaca Forum Utusan Malaysia, walaupun baru seminggu umat Islam berpuasa, kami di Syria Care sudah mula bimbang berhubung penyaluran bahan makanan kepada dapur-dapur kita di negara itu. Bila dihitung dana yang terkumpul, ia hanya dapat bertahan sehingga hujung minggu ini.

Para petugas kami di sana cuba memberikan yang terbaik, namun apakan daya. Jika tiada dana, apa lagi yang boleh diharapkan?
Oleh itu, kami menyeru seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mengikuti perkembangan isu kemanusiaan di Syria agar menyumbang wang bagi membolehkan penduduk di sana mempunyai makanan ketika berbuka puasa dan bersahur.

Diharapkan kami dapat mengutip sekurang-kurangnya RM5.2 juta bagi menampung kos semua dapur di Syria sehingga akhir Ramadan.
Maklumat lanjut boleh diperoleh dalam laman web www.syriacare.org.my.

SYRIA Care
Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini