KUALA LUMPUR – Bank Rakyat mengungguli kategori Pemerkasaan Sosial pada Asia Responsible Enterprise Awards 2019 (AREA 2019) yang diadakan di Taipei, Taiwan baru-baru ini. Pengiktirafan tersebut merupakan penghargaan terhadap pembabitan aktif Bank Rakyat bagi membantu golongan autistik di seluruh negara sejak Oktober 2016 menerusi kempen #AnakKita. Sepanjang tempoh dua tahun pelaksanaannya, sebanyak 100 program telah dianjurkan bagi membantu 20,000 penghidap autisme melibatkan 90 sekolah, persatuan serta individu bagi membantu pembangunan…










