Baby nanas jenama Dragon King tidak dieksport ke Malaysia - Utusan Malaysia

Baby nanas jenama Dragon King tidak dieksport ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 31 Mei- ‘Baby nanas’ jenama Dragon King dari Thailand yang didakwa mengandungi siklamat seperti yang tular di laman sosial tidak dieksport ke Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pemantauan buah nanas import di pintu masuk negara sejak 2017 hingga sekarang juga telah dipertingkatkan.

Beliau berkata, sebanyak 65 sampel buah nanas telah diambil bagi tujuan analisa pelbagai parameter seperti bahan pemanis (termasuk siklamat), bahan pengawet dan residu pestisid.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua sampel tersebut adalah mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Semua sampel itu mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

“Berdasarkan semakan data Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia dari 2017 sehingga kini, buah ‘baby nanas’ jenama Dragon King dari Thailand tidak dieksport ke Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Noor Hisham berkata, menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), siklamat adalah pemanis tanpa zat yang memberikan rasa manis 30-50 kali ganda lebih daripada gula sukrosa.

Katanya, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 tidak membenarkan penggunaan siklamat dalam buah-buahan segar termasuk yang telah dikupas atau sedia dimakan.

Dalam pada itu katanya, kementerian akan meneruskan pemantauan ke atas semua buah nanas di semua pintu masuk negara bagi memastikan ianya mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan dibawahnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini