ISKANDAR PUTERI – Maritim Malaysia (APMM) berjaya menumpaskan kegiatan dua kumpulan perompak apabila menahan empat sampan bersama 11 individu dalam dua serbuan berasingan di Perairan Pulau Kukup, Pontian dekat sini malam semalam dan awal pagi hari ini. Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, dalam Operasi Khas Pagar Laut yang pertama, pihaknya berjaya menahan dua buah sampan bersama enam individu di kedudukan 3.2 batu nautika barat daya…









