SINGAPURA 2 Mei – Menteri Industri Utama Teresa Kok menggesa pengeksport untuk mengambil peluang daripada pengecualian duti eksport ke atas minyak sawit mentah yang dilaksanakan selama tujuh bulan bermula 1 Mei, 2019. Beliau berkata tempoh bebas cukai itu akan membolehkan industri merancang dengan lebih rapi mengenai langkah-langkah untuk meningkatkan eksport dan membuka pasaran baharu. Katanya tempoh tersebut juga akan memberi ruang kepada pengeksport untuk memperluaskan lagi pasaran untuk minyak sawit…










