SANDAKAN 3 Mei – Pencapaian terbesar kerajaan Pakatan Harapan (PH) setelah genap setahun mentadbir negara dapat dilihat apabila berjaya mengakhiri gelaran yang mengaibkan iaitu Malaysia kleptokrasi global di samping usaha yang berterusan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang berintegriti, kata Penasihat DAP Lim Kit Siang. Beliau berkata, rakyat Malaysia sebelum ini malu untuk memperkenalkan diri sebagai warga Malaysia apabila ke luar negara susulan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB), aib kerana…










