Agong, Raja Permaisuri berbuka puasa bersama rakyat Melaka - Utusan Malaysia

Agong, Raja Permaisuri berbuka puasa bersama rakyat Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 16 Mei – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat negeri ini di Dataran Pusat Islam, Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini hari ini.

Ketibaan Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada kira-kira pukul 6.50 petang disambut Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Adly Zahari, isteri Dalilah Awaludin, barisan Exco Kerajaan Negeri Melaka dan kira-kira 2,000 rakyat negeri ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah kemudian menunaikan solat Maghrib bersama-sama hadirin di majlis berkenaan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini