360 kg lebihan makanan dikumpul di dua bazar Ramadan - Utusan Malaysia

360 kg lebihan makanan dikumpul di dua bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 14 Mei – Kira-kira 360 kilogram (kg) lebihan makanan berjaya dikumpul daripada para peniaga di dua bazar Ramadan sempena kempen ‘Hargai Makanan Elakkan Pembaziran’ di sini semalam.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan, Nordin Amat berkata, inisiatif mengumpulkan makanan yang masih elok itu diadakan di bazar Ramadan berdekatan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi serta Bandar Baru Nilai.

“Kira-kira 300 kg lebihan makanan tidak terjual dikutip daripada peniaga di bazar di stadium tersebut. Pada awalnya seramai 43 peniaga di situ bersetuju menyertai kempen ini tetapi kita gembira kerana ramai lagi yang turut serta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Di bazar Bandar Baru Nilai pula kita bekerjasama dengan kelab rekreasi penduduk kawasan itu dan berjaya mengumpul 63 kg lebihan makanan daripada 32 peniaga.

“Kesemua makanan itu telah diagihkan kepada para pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

DUA peniaga makanan menyerahkan lebihan makanan untuk diagihkan dalam kempen Hargai Makanan Elakkan
DUA peniaga makanan menyerahkan lebihan makanan untuk diagihkan dalam kempen Hargai Makanan Elakkan Pembaziran di Seremban semalam. – UTUSAN ONLINE

Menurut beliau, kerja-kerja mengumpulkan lebihan makanan itu melibatkan lapan kakitangan SWCorp, empat sukarelawan Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar dan seorang ahli badan bukan kerajaan (NGO), Gema Negeri Sembilan.

Kempen itu yang dilancarkan baru-baru ini bertujuan mendidik masyarakat supaya menghargai makanan dan mengelakkan pembaziran.

Lebihan makanan yang dikutip dalam kempen itu akan diberikan kepada beberapa NGO untuk diagihkan kepada golongan asnaf dan mereka yang telah dikenal pasti memerlukan bantuan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini