KANGAR 31 Mei – Program Ramadan dirai Syawal dinanti usahasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli jawatankuasa MPKK Majlis komuniti Kampung Alor Tok Terang Kayang Perlis meraikan orang kelainan upaya OKU Cacat penglihatan di sini, kelmarin.
Sumbangan berbentuk kelengkapan raya seperti biskut raya, telekong, tudung, pelikat dan beras sudah pasti menjadikan Aidilfitri mereka lebih lengkap serta dapat meringankan beban setiap OKU.
Pengerusi Majlis Komuniti Kampung Alor Tok Terang Kayang Perlis, Mohd Yusri Yusop yang mewakili pengurus syarikat kontraktor yang bekerjasama dengannya bagi membantu insan mulia pada sepanjang bulan Ramadan ini.
Mereka semua melahirkan rasa bangga dan gembira kerana ada pihak yang sudi berkongsi rezeki bersama kami pada hari ini. Semoga lebaran yang bakal menjelang ini akan memberi kegembiraan pada kami serta dipanjangkan umur serta murah rezeki kepada penyumbang yang baik hati.
Majlis yang sederhana itu dihadiri penyampai radio perlisfm Nor Aziah Ahmad.











