PARIS 15 April – Beberapa jam selepas melakar kejayaan sensasi dinobat sebagai juara Masters buat kali kelima, Tiger Woods akhirnya kembali dalam kelompok 10 pemain terbaik dunia buat kali pertama sejak 2014. Bintang golf Amerika Syarikat (AS) itu mengalami kenaikan enam anak tangga untuk berada di ranking keenam dunia selepas mengungguli saingan di Augusta National menerusi kelebihan satu pukulan. Kejayaan tersebut melengkapkan kebangkitan hebat Woods, 44, yang menamatkan kemarau 11…










