TOKYO 23 April – Sebuah universiti Jepun tidak akan menggunakan perkhidmatan pensyarah yang merokok ketika negara ini giat melakukan kempen anti rokok menjelang temasya Sukan Olimpik 2020.
Jurucakap Universiti Nagasaki, Yusuke Takakura berkata, pentadbiran universiti tersebut membuat keputusan untuk tidak mengambil mana-mana pensyarah yang merokok, namun mereka yang berjanji untuk membuang tabiat itu sebelum memohon pekerjaan di universiti berkenaan masih diberi kelonggaran.
Universiti itu juga akan mengharamkan aktiviti menghisap rokok di seluruh kawasan kampus bermula Ogos ini, selain membuka klinik bagi membantu mereka yang sukar untuk berhenti merokok. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











