GUA MUSANG 29 April – Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) membawa seorang bayi lelaki Orang Asli berusia 30 hari yang sakit tenat dari Pos Balar untuk mendapatkan rawatan di Hospital Gua Musang di sini, petang semalam. Mangsa, Maliki Selem, yang lemah akibat demam panas turut pengsan pada pukul 7 pagi semalam apabila sukar untuk bernafas dan tidak mahu menyusu. Ibu mangsa, Julia…










