KUALA LUMPUR 29 April – Malaysia Airlines Berhad menerusi kempen Ultimate Travelicious Deals menawarkan diskaun 50 peratus bagi tambang penerbangan beserta pelbagai manfaat perjalanan dan pilihan masuk lain bermula hari ini sehingga 8 Mei depan.
Ketua Pegawai Perolehan Kumpulan Malaysia Airlines, Ignatius Ong berkata, pelanggan yang menuju destinasi antarabangsa akan menikmati tambang promosi pergi balik ekonomi bersama elaun bagasi 20 kilogram (kg) serendah RM379 ke Phuket, Kochi (dari RM399), Bali (dari RM629), Nanjing (dari RM589), Hong Kong (dari RM689) dan Shanghai (dari RM1,089).
Katanya, destinasi-destinasi lain ialah Perth (dari RM999), Seoul (dari RM1,099), Tokyo (dari RM1,199) dan London (dari RM2,499).
“Bagi pelanggan yang tidak mempunyai bagasi, mereka boleh menikmati tambang sehala Ekonomi Lite ke pelbagai destinasi domestik bermula dari RM69 ke Pulau Pinang dan Langkawi, Kuching (dari RM99) dan Kota Kinabalu (dari RM159).
“Semua tambang ini sah untuk perjalanan pada 29 April 2019 hingga 31 Mac 2020. Ia didatangkan dengan tujuh kilogram elaun bagasi, makanan ringan dan hiburan dalam penerbangan percuma tanpa yuran kad kredit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











