Tumpu masalah rakyat, ekonomi dulu - Anwar - Utusan Malaysia

Tumpu masalah rakyat, ekonomi dulu – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 27 April – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur Ahli Jawatankuasa DAP Perak, Nga Hock Cheh yang mengemukakan cadangan dalam Dewan Negara supaya kerajaan menggugurkan status kaum dalam kad pengenalan, baru-baru ini.

Menurut Anwar, perkara dibangkitkan oleh Hok Cheh bukan isu pokok kerana terdapat isu lain yang lebih penting serta perlu diberi keutamaan untuk diselesaikan segera seperti hal-hal berkaitan masalah ekonomi negara.

“Tetapi kalau dia nak bercakap (isu kad pengenalan), takkan kita nak larang. Dalam sebuah negara demokratik, kita harus beri ruang kepada orang untuk bercakap.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tetapi saya nak beri nasihat, tumpukan kepada masalah rakyat dan ekonomi dulu,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan bersama kepimpinan Pakatan Harapan (PH) Kelantan, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi PH negeri, Datuk Husam Musa.

Terdahulu, Anwar turut mengadakan pertemuan dengan pimpinan PKR negeri di lokasi sama.

Rabu lalu, Hock Cheh ketika mengemukakan cadangan itu dalam sidang Dewan Negara berkata, sebab-sebab yang menghalang perpaduan di negara ini berlaku apabila setiap individu diberikan identiti mengikut kaum, bukan identiti nasional.

“Antara contoh, seorang bayi apabila dia dilahirkan, dia diberikan identiti mengikut kaum. Dia tidak diberikan identiti nasional,” kata Hock Cheh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini