KLANG – Hasrat sepasang suami isteri warga Indonesia bekerja secara haram di negara ini terbantut selepas dicekup Pasukan Polis Marin (PPM) di Jeti Penumpang Pelabuhan Klang, di sini, semalam. Pasangan itu ditahan pukul 11.15 pagi bersama seorang lagi rakan senegara mereka yang masing-masing berusia 28 dan 30 tahun. Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Khairuddin Jamal berkata, penahanan mereka dilakukan menerusi Ops Pensura selepas mengesan ketiga-tiga pendatang…









