IPOH – Polis Perak tidak menerima sebarang laporan berkaitan ritual melampau bagi tujuan mencari peserta Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019, Mohammad Ashraf Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Acap. Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain @ Abd. Rasid berkata, setakat ini segala usaha mencari Acap yang hilang sejak 23 Mac lepas dilakukan secara normal. “Tiada ritual melampau dilakukan semuanya usaha normal contohnya panggil mak dia (Acap) sembahyang sunat untuk mendoakan,…










