Terpulang PH nak buang atau ubah sikap - Utusan Malaysia

Terpulang PH nak buang atau ubah sikap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 27 April – Hasil kajian Merdeka Center yang menunjukkan kemerosotan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) membuktikan mereka tidak serius menangani masalah rakyat.

Ini termasuk kegagalan PH menyelesaikan kenaikan kos sara hidup yang semakin meruncing, menepati janji manifesto serta kadar pengangguran yang semakin meningkat.

Selain itu, kata Pesuruhjaya Pas negeri, Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi, faktor kemerosotan itu ditambah pula dengan sikap kerajaan yang tidak dapat membendung persepsi buruk terhadap prestasi ekonomi negara yang semakin suram.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Di samping itu, masyarakat Islam juga tidak yakin kerajaan dapat mempertahankan kesucian Islam dengan berkesan apabila muncul suara-suara yang cuba menguji kesabaran umat Islam.

“Malah, gelagat serta komen para pemimpin PH juga kelihatan agak melampau terutamanya komentar DAP yang menyentuh hal Islam dan kepentingan bumiputera yang mendorong masyarakat Melayu semakin menolak kerajaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Merdeka Center melaporkan tahap kepuasan pengundi terhadap pencapaian Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri merosot kepada 46 peratus pada Mac lepas berbanding 71 peratus pada Ogos tahun lalu.

Malah, kaji selidik berkenaan juga mendapati, hanya 39 peratus pengundi memberikan kerajaan PH rating yang positif pada bulan lalu.

Justeru, Ahmad Fakhruddin berkata, terpulang kepada PH sama ada mahu ‘membakulsampahkan’ sahaja hasil kajian tersebut atau sebaliknya, jika mereka merasakan dapatan itu tidak memberi manfaat.

“Ikut suka merekalah sama ada (nak) terima dan ubah sikap, atau pun (mahu melakukan) sebaliknya (tidak mengendahkan)… Hentam sahaja lah.

“Namun, (kebenarannya) dapatan kajian oleh badan bebas itu memberikan tamparan hebat kepada kerajaan PH,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini