Tempoh penempatan pegawai, anggota JBPM Selangor dihadkan - Utusan Malaysia

Tempoh penempatan pegawai, anggota JBPM Selangor dihadkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Penempatan anggota termasuk pegawai kanan bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor akan dihadkan sekurang-kurangnya lima tahun bagi mengelakkan masalah integriti.

Pengarahnya, Norazam Khamis berkata, antara jabatan yang terdedah kepada salah laku ialah bahagian kelulusan pelan bangunan,pemeriksaan bangunan serta pengeluaran lesen dan sijil kebakaran

“Kita melihat isu melibatkan integriti ini lebih serius. Oleh demikian, kita membuat pusingan kerja dan melihat semula kedudukan pegawai dan anggota di negeri ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita akan hadkan kurang lima tahun bagi penempatan itu, namun sekiranya ada aduan tempoh itu akan dipendekkan lagi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis Perhimpunan Bulanan JBPM Selangor di sini hari ini.

Norazam yang baharu mengetuai JBPM negeri sejak 15 Mac lalu itu memberitahu, pihaknya tidak sesekali akan berkompromi sekiranya terdapat mana-mana individu terlibat dengan masalah integriti.

Sehubungan beliau menegaskan, kerjasama akan dilakukan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengadakan ceramah atau taklimat berkaitan integriti.

“Penerapan nilai integriti yang tinggi perlu dipergiatkan setiap masa kepada semua pegawai dan anggota.

“Setakat ini, isu berkaitan integiriti dalam kalangan pegawai dan anggota di negeri masih lagi terkawal namun langkah pencegahan perlu diambil lebih awal,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Norazam menjelaskan sebanyak 167 bangunan di Selangor telah diberikan Sijil Perakuan Bomba (FC) sehingga Mac lalu.

“Kita telah menerima sebangak 275 permohonan  dan sebahagian daripadanya telah diluluskan manakala selebihnya masih lagi dalam proses pemeriksaan,”katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini