Syed Saddiq tidak perlu bersungguh bodek PM - Utusan Malaysia

Syed Saddiq tidak perlu bersungguh bodek PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 April – Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dinasihatkan supaya tidak perlu terlalu bersungguh membodek Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, kenyataan-kenyataan yang berbaur provokatif terhadap institusi diraja hanya menonjolkan sikap sombong Ahli Parlimen Muar itu.

“Nampaknya Syed Saddiq berhempas-pulas untuk ‘impress’ bosnya dengan berkali-kali membuat kenyataan berbaur provokatif terhadap TMJ (Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Usah terlalu takbur dengan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Satu dunia tahu kamu menang dengan membuat janji palsu, menipu rakyat dan parti kamu cuma peroleh 13 daripada 222 kerusi Parlimen, bangga apa Syed Saddiq?” katanya dalam status Facebook miliknya, hari ini.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh mengulas tindakan Syed Saddiq yang menkritik dan menyindir pencapaian Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.

Tegas Annuar, Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan perlu sedar bahawa tempohnya dalam bidang politik tidak lama maka lebih baik menjaga kesopanan dalam tutur kata.

“Sedarlah, kamu cuma diperalatkan, hayat politik kamu tidak lama, hayat manusia juga tidak lama. Hidup biar bersopan, tutur kata biar beradab.

“Di situ bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini