PONTIAN 29 April – Syarikat yang diberi kontrak membekalkan benih padi sah tidak mengikut piawaian ditetapkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas berdepan tindakan. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, pihaknya telah mengarahkan laporan lengkap dibuat terhadap kesemua sembilan syarikat terbabit. “Saya sudah arahkan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Datuk Salim Parlan untuk menubuhkan jawatankuasa bertindak bagi mengkaji prestasi syarikat terlibat, sama ada mereka beroperasi mengikut prosedur ditetapkan.…










