Suspek rogol parah dipukul sekumpulan lelaki - Utusan Malaysia

Suspek rogol parah dipukul sekumpulan lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHON KAEN 25 April- Seorang lelaki yang cuba merogol seorang wanita dimasukkan ke hospital selepas parah dipukul sekumpulan lelaki yang cuba menyelamatkan wanita berkenaan.

Ketua Polis, Balai Polis Chum Phae, Khattiya Poldongnok berkata pihaknya membawa suspek berusia 30 tahun itu ke hospital selepas lelaki berkenaan mengadu sakit kepala yang kronik.

Pemeriksaan perubatan mendapati lelaki berkenaan mengalami retak dan pendarahan di bahagian kepala.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lelaki tersebut yang merupakan penduduk asal wilayah Chaiyaphum diserang empat lelaki ketika beliau cuba merogol seorang wanita berusia 23 tahun sekitar pukul tiga pagi, semalam.

Beliau mengalami kecederaan parah setelah dipukul lelaki-lelaki berkenaan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini