TRAGEDI 13 Mei 1969 dan banjir besar 1971 yang melanda Kampung Baru antara suka duka yang mewarnai penduduk ‘kampung keramat’ ini yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur yang masih kekal dalam lipatan sejarah negara kita. Profesor Dr. Nik Anuar Nik Mahmud dalam catatan Kata Pengantar karya Tunku Abdul Rahman ‘13 Mei: Sebelum dan Selepas’ (2007) menyatakan, rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 adalah peristiwa tragis yang terburuk dialami penduduk…










