Sudahlah masuk percuma, dapat hadiah lagi - Utusan Malaysia

Sudahlah masuk percuma, dapat hadiah lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 April – Memang bertuah menjadi penyokong wanita Selangor kerana selain dapat menonton perlawanan pusingan ketiga Piala FA secara percuma esok, mereka juga berpeluang memenangi jersi Red Giants.

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) memperkenalkan promosi ‘Ladies Night’ buat kali pertama untuk menggalakkan lebih ramai penyokong wanita memenuhkan Stadium Shah Alam dalam perlawanan menentang Felda United.

Bagi melayakkan mereka turut memenangi hadiah, peminat diminta mengikuti beberapa langkah iaitu bergambar dan memuat naik gambar tersebut ke media sosial Facebook, Twitter atau Instagram peribadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bersama gambar tersebut, mereka diminta meletakkan tanda pagar #FASBeliJiwa & #FASLadiesNight.

Lapan pemenang bertuah untuk setiap platform akan dipilih sebagai pemenang.

“Terima kasih kepada penaja rasmi jersi FA Selangor, Joma Malaysia kerana telah terpanggil untuk meraikan penyokong wanita setia kami dengan menaja 30 helai jersi Red Giants (15 jersi laman sendiri dan 15 tempat lawan) sebagai hadiah.

“Enam lagi jersi akan diberikan secara terus melalui segment vlog kami,” tulis FAS dalam Facebook rasmi mereka hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini