PONTIAN 29 April – Subjek Sains Pertanian berkemungkinan diajar semula di sekolah rendah dan menengah dalam waktu terdekat.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik sudah menyatakan persetujuan beliau.
“Saya sudah berbincang dengan Dr. Maszlee supaya dikembalikan subjek Sains Pertanian di sekolah,dan secara asasnya dia bersetuju.
“Pengetahuan dalam bidang ini bukan sahaja boleh dijadikan karier, tetapi turut meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), ini terbukti membabitkan negara-negara maju,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas menghadiri Majlis Pelancaran My Green Team di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Penggawa Barat, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE











