SHAH ALAM 28 April – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat laporan polis terhadap beberapa individu termasuk Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr. Syed Husin Ali berhubung penghinaan terhadap Majlis Raja-Raja yang berlaku dalam sebuah forum perbincangan Statut Rom di Universiti Malaya dekat sini semalam. Ketua Penerangannya, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif berkata, terlalu banyak perkataan biadab disebutkan Syed Husin dalam forum tersebut yang menimbulkan kebencian terhadap Raja-Raja Melayu termasuk…










