PERTUBUHAN Kebajikan Serantau Muslim (SM) mengucapkan takziah kepada mangsa yang terkorban akibat serangan bom di Sri Lanka kelmarin. Semasa kejadian, kira-kira 207 orang terkorban dan seramai 450 yang lain mengalami kecederaan. Angka korban bagaimanapun dijangka meningkat. Kejadian pengeboman itu berlaku di kawasan berbeza iaitu tiga di gereja Katolik selain melibatkan Hotel Cinnamon Grand, Kingsbury dan Shangri-La. SM melihat Sri Lanka sebuah negara yang menikmati kepelbagaian agama mengalami kesulitan bila mana…










