KUALA LUMPUR 2 April – Biarpun berdepan undian sukar dan gagal melepasi pusingan pertama, pemain perseorangan wanita negara Soniia Cheah tidak terkilan sebaliknya mengambil keputusan itu secara positif bagi memperbaiki prestasinya. Pemain berusia 25 tahun itu berkata beliau tidak berasa kurang motivasi, malah akan berusaha keras untuk meningkatkan kemampuan dan corak permainannya sekali gus mengelak melakukan kesilapan apabila turun ke gelanggang. “Kebanyakan undian saya terpaksa berdepan pemain terkemuka dan juara…










