Lelaki dituduh bunuh bayi kawan

Lelaki dituduh bunuh bayi kawan

MOHD. Syahril Nazrul Ruslim ketika di Mahkamah Majistret, Klang hari ini - UTUSAN/ MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seperti tiada empati, seorang lelaki bertindak membunuh seorang anak kawannya, iaitu bayi berusia sembilan bulan di sebuah apartmen di Klang, 6 April lalu.

Tertuduh, Mohd. Syahril Nazrul Ruslim, 37, didakwa atas kesalahan itu di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini di hadapan Majistret A. Karthiyayini.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Syahril telah membunuh bayi malang itu, Muhammad Asyra pada tarikh tersebut, pukul 3.30 petang di sebuah apartmen di Taman Bayu Perdana.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu hukuman mati atau penjara seumur hidup.

Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Syuhada Rosli memohon Mahkamah untuk menetapkan sebutan semula kes 6 Julai ini bagi pihak pendakwaan mengemukakan laporan forensik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×