SEREMBAN 28 April – Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun masih menaruh harapan agar kelemahan dalam pasukan Negeri Sembilan dalam saingan Liga Perdana dapat diperbaiki segera. Katanya walaupun kini menduduki tangga keenam, namun skuad Rusa masih boleh memperbaiki kedudukkan jika segala kelemahan dapat diatasi jurulatih, Mohd. Zan Mat Aris. “Saya telah berbincang dengan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri untuk…









