PUTRAJAYA 6 April – Singapura akan menarik balik prosedur Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) untuk Lapangan Terbang Seletar manakala Malaysia akan menangguhkan Kawasan Larangan (RA) kekal di Pasir Gudang. Kedua-dua perkara itu dipersetujui Malaysia-Singapura dalam semangat kerjasama dua hala. ANTHONY LOKE Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan rakan sejawatnya dari Singapura, Khaw Boon Wan dalam satu kenyataan bersama di sini hari ini berkata, persetujuan itu telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa penerbangan kedua-dua…










