Singapura kutuk keganasan di Sri Lanka - Utusan Malaysia

Singapura kutuk keganasan di Sri Lanka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA 21 April – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengutuk tindakan keganasan yang tidak berperikemanusiaan di Sri Lanka yang mengorbankan lebih 200 orang termasuk warga asing.

“Saya menyampaikan ucapan takziah yang mendalam kepada mangsa dan keluarga mereka,” menurut catatan dalam laman Facebook beliau.

Beberapa kejadian letupan menggegarkan beberapa lokasi iaitu Kochikade Church, Katuwapitiya Church, Shangri-La Hotel, Cinnamon Grand Hotel dan Gereja St. Barnabas di Batticaloa, Colombo pada jam 8.30 pagi waktu tempatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami berdiri teguh bersama Sri Lanka dalam usaha untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan. Ingatan dan doa kami sentiasa bersama rakyat Sri Lanka. Semoga mereka memperoleh kekuatan dan perpaduan bagi menangani kesukaran ini secara bersama, ” menurut cacatan itu.

Menurut laporan berita, Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe mengutuk serangan itu dan menyifatkannya sebagai ‘tindakan pengecut’ ketika kerajaan segera mengenakan perintah berkurung untuk tempoh tidak ditetapkan di seluruh negara yang mempunyai 21 juta penduduk itu.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura berkata, setakat ini tidak ada laporan mengenai rakyat Singapura yang maut dalam insiden tersebut. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini