Sherman pacu kejayaan PKNS - Utusan Malaysia

Sherman pacu kejayaan PKNS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 April – Dua jaringan pemain import Liberia, Kpah Sherman membolehkan PKNS meraih kemenangan 3-2 ke atas Kuala Lumpur dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Shah Alam, hari ini.

Dalam saingan itu, PKNS membuka tirai jaringan seawal minit pertama menerusi penyerang Romel Morales sebelum Sherman meletakkan tuan rumah selesa dengan gol kedua pada minit ke-31.

City Boys bagaimanapun berjaya merapatkan jurang menerusi jaringan Indra Putra Mahyuddin, tiga minit sebelum waktu rehat.

Sherman meledak jaringan keduanya pada minit ke-78 untuk meletakkan PKNS selesa di hadapan namun Kuala Lumpur cuba melakukan kejutan namun jaringan Guilherme de Paula pada minit ke-82 tidak cukup buat skuad City Boys untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata.

Kejayaan itu memberikan nafas lega kepada pasukan PKNS yang akan berdepan Kedah, Selasa ini bagi saingan suku akhir pertama Piala FA.

Aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya menyaksikan Terengganu meraih kemenangan 2-1 ke atas pendatang baharu Liga Super, PJ City.

PJ City terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan Rajesh Perumal pada minit ke-35 namun jaringan sendiri Tinagaran Basekaran menjadikan kedudukan 1-1 sebelum Tchetche Brice Kipre meledak jaringan kemenangan pelawat pada minit ke-78.

Dalam aksi di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Perak mencatat kemenangan 4-0 ke atas PKNP.

Perak meraih jaringan pertama menerusi Brenda Gan pada minit ke-13 sebelum Gilmar Jose da Silva Filho menjaringkan gol kedua 16 minit kemudian.

Separuh masa kedua, Shahrul Saad meletakkan pasukan pelawat selesa menerusi jaringan ketiga pada minit ke-55 dan Gilmar hampir menjaringkan gol keempat Perak pada minit ke-86 namun gagal menyempurnakan sepakan penalti yang diberikan.

Seminit sebelum tamat permainan, Gilmar meledak jaringan keduanya bagi memastikan Perak meraih tiga mata berharga.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN