KUALA LUMPUR 27 April – Kesesakan teruk berlaku di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini hari ini ekoran penutupan laluan itu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, masalah berpunca daripada kesesakan ‘bottleneck’ di susur keluar Jalan Esfahan bersebelahan pusat beli-belah Sogo hingga ke Jalan Melayu. Penutupan yang dilaksanakan secara percubaan sejak minggu pertama April itu menyebabkan pengguna tiada pilihan melainkan melencong ke Jalan Esfahan…










