KOTA BHARU 28 April – Pembukaan tender dan urusan berkaitan kontrak kerja-kerja ditawarkan oleh kerajaan perlu diuruskan secara berpusat oleh agensi tertentu sahaja bagi mengelak pelbagai masalah timbul pada masa depan. Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKKM), Datuk Mohamed Fadzill Hassan berkata, pada masa ini, setiap agensi kerajaan bebas membuka tender dan menguruskan sendiri projek masing-masing walaupun tiada kepakaran dalam perkara itu. Perkara itu kata beliau, mewujudkan pelbagai karenah birokrasi…









