KUALA LUMPUR 11 April – Pertikaian mengenai siapa yang berkuasa melantik Menteri Besar Johor yang baharu, diredakan oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan ‘sudah zaman berzaman dilaksanakan dan dikuatkuasakan’ pelantikan itu dilakukan Sultan di negeri tersebut. Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, memang sudah termaktub dalam Undang-undang Tubuh Johor 1895 dan tidak seharusnya diperdebatkan oleh mana-mana pihak. Beliau yang pernah menjawat jawatan…










