Sarri pertahan musim pertamanya dengan Chelsea - Utusan Malaysia

Sarri pertahan musim pertamanya dengan Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 27 April – Pengendali Chelsea, Maurizio Sarri mempertahankan musim pertamanya bersama pasukan itu dengan mengatakan dia sudah berjaya mencapai kejayaan awal.

Naib juara Piala Liga itu sedang memburu kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris dan kini berada di separuh akhir Liga Europa.

Sarri berdepan kritikan sepanjang kempen musim ini tetapi pengendali Itali itu menyatakan dia sedang menikmati musim ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami beraksi di final tetapi kalah menerusi penentuan penaltik. Kami sekarang berada di separuh akhir Liga Europa. Kami sedang berjuang untuk kedudukan empat teratas, jadi kedudukan sekarang ini sangat baik.

“Sudah pasti kami memiliki dua sasaran utama iaitu kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris dan ke final Liga Europa. Apabila kami berjaya ke final, kami mahu menjadi juara,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini