LONDON 15 April – Penyerang bermasalah Chile, Alexis Sanchez mengejutkan penyokong Manchester United apabila turut disenarai dalam skuad yang akan menentang Barcelona pada suku akhir kedua Liga Juara-Juara di Camp Nou, esok. Pemain berusia 30 tahun itu yang meledak 47 gol dalam 141 penampilan bersama Barcelona dari 2011-14 tidak beraksi lebih enam minggu akibat kecederaan lutut. Bagaimanapun, pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer terpaksa menagih pengalaman pemain itu selepas pasukannya…










