LONDON – Penyerang Liverpool, Mohamed Salah menjadi individu pertama mencipta rekod meledak gol ke-50 terpantas dalam sejarah The Reds selepas membenam cabaran Southampton 3-1 pada aksi Liga Perdana England (EPL) di Stadium St. Mary awal pagi semalam. Jaringan pemain antarabangsa Mesir itu pada minit ke-80 perlawanan turut berjaya menamatkan kemarau gol Salah dalam lapan perlawanan selepas kali terakhir dilakukan pada 9 Februari lalu. Jumlah 50 gol tersebut dihasilkan pada 69…










