Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$103.5 bilion pada 15 April - Utusan Malaysia

Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$103.5 bilion pada 15 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 April – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat kepada AS$103.5 bilion (RM 427.7 bilion) pada 15 April 2019 daripada AS$103 bilion (RM425.7 bilion) pada 29 Mac 2019.

Dalam kenyataan, bank pusat itu berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.7 bulan import tertangguh dan 1.0 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

BNM berkata komponen utama rizab antarabangsa pada 15 April terdiri daripada rizab mata wang asing sebanyak AS$97.3 bilion (RM402.1 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa AS$1.1 bilion (RM4.6 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) AS$1.1 bilion (RM4.6 bilion), emas AS$1.6 bilion (RM6.6 bilion), dan lain-lain aset rizab AS$2.4 bilion (RM9.9 bilion).

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya aset termasuk emas, pertukaran asing serta rizab-rizab lain termasuk SDR iaitu sebanyak RM422.27 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM2.28 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM402.62 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM7.16 bilion), tanah dan bangunan (RM4.17 bilion), dan aset-aset lain (RM16.44 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM132.29 bilion), mata wang dalam edaran (RM107.12 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM163.18 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM19.92 bilion), deposit lain (RM625.76 juta), kertas Bank Negara (RM20.18 bilion), peruntukan SDR (RM7.61 bilion), dan liabiliti lain (RM1.66 bilion). – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini